PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 2017

Bismillahirrahmanirrahim.. Didoakan kepada semua pelajar yang menduduki PT3 bermula pada 9 sehingga 12 Oktober 2017. Semoga diberikan ilham dan ketenangan untuk menjawab soalan. Semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik dan beroleh kejayaan cemerlang dlm PT3 2017. In sha Allah Hari Pertama Ujian Bertulis PT3 2017 ~ sesi taklimat dan bacaan doa.

PROGRAM SANTAI BERSAMA PELAJAR KTD 2017.

Alhamdulillah. Dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya program santai bersama pelajar KTD dapat dilaksanakan pada 9 Februari 2017 bertempat di Sekolah Menengah Islam As Syddiq. Program Santai bersama pelajar Kolej Teknologi Darul Naim ini adalah bersempena program Jelajah Pendidikan Kolej Teknologi Darul Naim. Seramai 23 orang dari Kolej Teknologi Darul Naim  telah…

PROGRAM KAHFI 2017

Alhamdulillah… Dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan inayahNya Program KAHFI 2017 Sekolah Menengah Islam As Syddiq telah dapat dilaksanakan pada 9 hingga 10 Februari 2017. KAHFI merupakan  singkatan kepada program Kem Asah Fakulti Insan dan program ini telah dilaksanakan setiap tahun. Program ini telah dianjurkan oleh pihak HALUANITA negeri Johor dengan kerjasama…

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ SESI 2017

“ Setiap di kalangan kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab atas apa yang dipimpin. Memetik hadis Nabi s.a.w, pemimpin di sekolah terdiri dari pengawas yang mana mereka merupakan kumpulan pelajar yang dihormati di sekolah. Mereka merupakan pelajar-pelajar pilihan yang mempunyai keterampilan dan kecemerlangan  baik dari aspek akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Mereka merupakan role model kepada…

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH,PENGAWAS PUSAT SUMBER & PENGAWAS SERTA AJK ASRAMA SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2017

Hadis Rasulullah s.a.w mafhumnya “Setiap  di kalangan kamu adalah pemimpin dan kamu bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin. Memetik hadis Rasulullah s.a.w ,Alhamdulillah pada 20 Januari 2017 pada hari Jumaat yang penuh barakah telah diadakan program Kem Kepimpinan  Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas serta AJK Asrama Sekolah Menengah Islam As Syddiq bagi sesi…

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL MENENGAH RENDAH AGAMA & SIJIL MENENGAH AGAMA  SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2016

Alhamdulillah… Penantian guru-guru dan pelajar- pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama dan Sijil Menengah Agama 2016 akhirnya terjawab kerana pada hari Ahad 15 Januari 2017 telah diumumkan keputusan bagi kedua-dua peperiksaan tersebut. Di kesempatan ini pihak warga Sekolah Menengah Islam As Syddiq mengucapkan tahniah dan syabas kepada pelajar-pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dalam…

IJTIMA’ AM KALI PERTAMA BERSAMA CIKGU ANUAR BIN DAUD

Alhamdulillah…Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya pihak HALUAN Johor telah mengadakan Ijtimak  Am kali pertama bertempat di Sekolah Rendah Islam As Syddiq pada tarikh 14 Januari 2017 bermula jam 9.00 pagi. Ijtimak dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Naufal bin Ahmad Khusairi dan bacaan al Quran oleh saudara Ahmad Thaqif bin…

ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1 & TINGKATAN 4 SEKOLAH MENENGAH ISLAM AS SYDDIQ 2017

Alhamdulillah, Dimulakan dengan Bismilah, Disudahi dengan Alhamdulillah, Begitulah sehari dalam hidup kita Mudah-mudahan dirahmati Allah… Alhamdulillah selesai sudah minggu orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 Sekolah Menengah Islam As Syddiq bagi sesi 2017. Pelbagai ragam dan keletah anak – anak didik yang baru menempuhi alam persekolahan peringkat menengah terutamanya bagi pelajar Tingkatan 1….

Taklimat kepada mas’ul-mas’ul halaqah pelajar Sekolah Islam as Syddiq

Tarbiyah bukan segala-galanya tapi segala-galanya bermula dari tarbiyah.Ungkapan ini sering kedengaran bagi siapa yang duduk di dalam naungan tarbiyah. Alhamdulillah pada hari Isnin bersamaan 9 Januari 2017 , Unit Tarbiyah Sekolah Islam As Syddiq telah mengadakan program taklimat kepada mas’ul-mas’ul halaqah pelajar Sekolah Islam as Syddiq. Diharapkan dengan taklimat yang disampaikan dapat menggerakkan momentum-momentum setiap…

Ahlan Wasahlan Pelajar Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2017

Minggu persekolahan telah masuk minggu kedua, hari ini pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 4 yang telah mendaftar di SMIAS semalam akan mula mengorak langkah mencari tapak ketahanan diri di bumi As Syddiq. Wajah-wajah suci pelajar tingkatan 1 yang baru mengenali As Syddiq menjadi tanggungjawab  semua warga As Syddiq untuk mencoraknya. Terima kasih kepada semua ibubapa yang…